JellyPages.com

Saturday, 22 December 2012

Momento With THEM :)

*Bila gadis kidal sudah mula berceloteh.*
Assalamualaikum dan selamat pagi. Nih dah mandi ke belum nih ? *tutup hidung.* Eiii, bau mashemm lahh kawan-kawan nihh. *HAHA* Okey, dah breakfast ? Kalau belum, jom lahh breakfast dengan wa sekali ;) Wa makan roti sapu planta. Ada lagi sebenarnya, tapi tengah on diet. Malas nak cerita.

Okey, cuba tengok tajuk atas ? Pindah sekolah. Yeahh. Pindahh. Well, takde hati punn nak pindah sebenarnya. Cuma, entah lahh. Rasa sayangg je nak tinggalkan. *tak payah laa pindah, ape lagi.* Masalahnya wa harus pindah. Sebab, mata pelajaran yang wajib wa kena dapat A, wa dapat B. SobSobSob :'( Sedih tauu. 3 tahunn belajar dekat sana. Tinggal dekat sana. Cipta memori pahit manis bersama dengan kawan-kawan. Menjalani cabaran suka duka bersama-sama. Ahh, sayangg nak buang segala yang indah tu. Siapa kawan-kawan wa tuhh ? Jom tengok XD



Kenangan ? Wa akan teringat dekat sekolah dan asrama. Hahaaa, Ya-Allah. Rindunyaa saat tu. Hmm, yang paling wa ingat masa dekat sekolah, time ada spotcheck mengejut. Bhahahaa, habis pucat dibuatnya. Wa dan member wa yang TERbawa barang haram terus pergi sorokkan barang-barang tuhh. Kihkihkih, time tuhh, pengawas yang bertugas ada dekat kelas sebelah je. Kelas atas dah kena dahh. Time pengawas-pengawas tu datang dekat kelas, satu plastik bag besar wooo dekat tangan diorangg. Nampak macam berat jeee. *elehh, barang kena rampas lettew.* Then, satu persatu pelajar kena check dekat badan *jangan pikir lain ehh.* Tak dapat barang haramm, diorangg cari dekat dalam kelas. Cehh, habis bersepah barang wa. Dah lahh berselerak, dia lagi selerakkan tempat wa. Dah tak serupa tempat dahh. Grr. -.-" Kemudian, pengawas semua membebel lahh sesama diorang apabila kelas wa takde satu punn barang haram. *okey, itu tipu sebenarnya. Haha, semua dah sorokkan.* Dah tu, pengawas-pengawas tu punn beredar dengan muka hampa. Wa dan budak-budak kelas melambai dekat diorangg dan ketawa. Haha, kesiann :P

Then, wa teringat masa dekat asrama. Haha, paling takleh blahh, sambut birthday Imshaa. Kihkihkih. Teruk sehh dia kena.Masa tuhh pagi. *1:30 pagi.* Dorm pengawas dah gelap dan sepi. Siap bunyi berdengkur lagi. *okey, part berdengkur tu tipu je.* So, kami punya plann ON. Haha. Wa, Fari, Fafa, Aliah, Cheku, dan Hanista masing-masing pakat nak kenakan Imshaa. Haha. Fafa dan Cheku pergi lecture dia. *kesian dohhh. meleleh airmata budak tuhh.* Wa, Fari, Aliah dan Hanista pergi buat satu KERJA KHAS. Tau apa ? Hmm, wa dan fari pecahkan 3 biji telur. *eeeuuww, bau dia busuk.* Then kami masukkan dalam gayung besar. Lepas tu, Aliah dan Hanista pula masukkan tepung, bedak dan sabun basuh. Haha, jadi apa punn wa tak tau. Kalau masuk dalam oven nihh, pehh, sedap sehh. KEK YANG BERBAU WANGI. Haha. -.-" Then, dak Cheku bawa Imshaa dekat koridor depan laundery. Tapi Si Fafa pula pergi tarik dia dekat tangga. Suruh turun dekat kotak aras 2. Haha, Imshaa punn ikut jee laa. Then, Fafa pergi buat Imshaa leka tengok permandangan. *Cehh, depan tu blok H je punn.* Then, kami berempat yang tukangg buat KERJA KHAS tadi, pergi simbah dak Imshaa dari atas. *masing-masing satu gayung besar.* Ouh, what the ? Habis lecun dohh minah tu. Bhahaha. Dan, semestinya dia bau BUSUK. Kahkahkah. Campuran telur tuhh. Malam tu dia kena mandi. Haha. Kesian.Kesian.Kesian.

And, hahahaha. Banyak lagi lahh weh. Part kena marah dengan ketua warden. Part kena berdiri antara blok. Part kena berdiri depan blok. Hadoi, macam-macam lahh. *Hoii, jangan ingat wa ni jahat ea. Wa nakal je. Lepaskan gian dah habis PMR.* Senakal-nakal wa, kerja rumah wa semua beres, wa fokus masa cikgu tengah mengajar, Wa hormat cikgu-cikgu wa. Cuma tu lahh, entah kenapa lepas PMR, setan senang nak hasut. Apapun, penghuni Blok G *hanya batch wa* Hmm, wa sayanggg sama lu semua. Kita, satu batch, satu malaysia. Hehe, boleh pula kann ? So, lepas nihh semua dah pergi ke hala tuju masing-masing. Wa akan merindui ke semuanya. 153 orang dalam tingkatan 3. *actually, 152, sebab wa orang yang ke 153. Pula wa nak rindu diri wa sendiri*

So, that's the end. Tahun depan. Dalam masa 2 minggu, wa masih dapat berjumpa dengan korangg semua. Then, lepas tu, ada yang pindah. Ada yang stay. Ikut hala tuju masing-masing. Hmm, okey lahh. Nak stop. Terus cerita nanti, bebel panjang pula. So, nak berhenti dulu. Nanti conteng-conteng lagi ea ? Kbye. Assalamualaikum :) LOVE All Of YOU :)

What Do You Think Of Me?