JellyPages.com

Wednesday, 28 November 2012

Superhero Like You Is Awesome, Dad ♥

*Bile gadis kidal sudah mula berceloteh.*
Hai. Hello. How are you ?
Hope you are in the pink.
Okay, let's change the language mode.
-Changing to Malay-

SUPERHERO.♥


Hmm, agak-agak, apa yang awak semua fikir kalau Ir taip perkataan tuh ? Mesti ada yang ingat Ir minat SUPERMAN, tak pun BATMAN, tak pun SPIDERMAN, tak pun GREEN LANTERN, tak pun,
ahh, senang cerita gambar atas tuhh ade, kann ? HAHA. Okey, maybe lahh, Ir suka batman. Ia agak misteri dan suka menyendiri. Ouhh, I like it. Tau siapa batman Ir ? Hmm, siapa ea ? Haaa, Idzwan lahh. Shh ~ Dia tak tau punn Ir gelar dia macam tuhh. Haha. Tapi kann, SUPERHERO♥ yang Ir nak cakap sekarang nihh adalah orang yang sentiasa melindungi kita :)

Hmmm, hari ni Ir nak cerita tentang ayah Ir. He is kind of my beloved SUPERHERO ♥ Ayah Ir seorang yang sangat menjaga Ir. Mula-mula Ir rimas juga dengan ayah yang bersikap terlalu menjaga. Yeah, apa yang Ir makan, apa yang Ir minum, apa yang Ir pakai, dengan siapa Ir berkawan and else. Siapa saja yang tak rimas. Tapi, lama-kelamaan, Ir sedar. Itu semua untuk kebaikan Ir. Sebab Ir jenis yang susah sikit. Haha, susah sikit ? Maksud Ir, hmm, Ir tak boleh makan, minum dan pakai barang yang sebarangan. Ir ada penyakit, jadi memang patut pun makan dan minum Ir terjaga. Dan, kulit Ir sensitif jadi Ir tak boleh pakai barang yang sebarang kalau tak nak kena gatal-gatal. Lecehkan Ir nihh ? Then, Ir tak boleh kawan dengan orang sebarangan. Haha, itu tak bermakna ayah Ir suruh Ir memilih kawan. Cuma, Ir ni jenis yang cepat terpengaruh. Jadi, faham-faham sendiri laa kann ? *HAHA* Hmm, susahkan Ir nihh ?Tapi, ayah Ir sanggup  jaga itu semua. Sebab apa ? Sebab ayah sayangkan Ir. Terharu k terharu :)

Pernah sekali, Ir makan seafood. Hmm, masa tu angah dengan adik yang order makanan tuh. Ir pula pergi join diorang makan. Sebab ada ketam. Ohoo, favourite tuhh. Pehh, memang sedap lahh. Tapi, akibatnya. Habis satu pergelangan tangan Ir ruam. Merah-merah. Bukannya angah dengan adik yang kena bebel, tapi Ir juga. Balik tuhh, Ir terus masuk bilik. Ibu ikut Ir, ibu bagi makan ubat tahan gatal dekat Ir dan suruh Ir sapu ubat sebelum tidur. Selepas tu, Ir nak masuk tidur. Tiba-tiba, lampu bilik Ir terbuka, ayah masuk sapukan ubat dekat tangan Ir. Ohh, terharu. Mungkin ayah tahu aku malas nak sapu ubat. Haha. Dah kurang sikit ruam dekat tangan Ir tu. Thanks dad :)

Ada cerita lain lagi, Ir punya results exam awal tahun agak kurang memuaskan hati lahh. *tapi tak teruk mana pun.* Ibu Ir bebel dekat Ir. Dari dalam kereta sampai lahh dekat rumah. Ir punn dengar je lahh. Dah radio pun ditutup, haihh -..- Haha, ayah pula senyap jeh. But sometimes, dia setuju lahh dengan kata-kata ibu. Ir punn, dalam rela paksa, Ir setuju juga. Haha. Balik tuhh Ir terus angkat barang dan masuk bilik. Menjauhkan diri daripada radio semula jadi. *k, teruk.* Baru beberapa minit tutup pintu, ayah ketuk dari luar. Dia minta izin masuk. Ir pun bagi lah. Ayah nasihat Ir baik-baik dan lembut. Wohoo, menusuk kalbu wehh. Haha, ayah memahami Ir ^.^

Selama nih Ir banyak menyusahkan ayah. Jujur, Ir bukan jenis yang suka meminta. Tapi, kalau sekali Ir  minta, lama sikit baru dapat. Namun, ayah ikutkan kemahuan dan kehendak Ir. Itu sebab Ir rapat dengan ayah Ir. Masa ayah lebih bersama Ir. Sebab Ir masa kecil-kecil selalu ikut ayah bekerja. Hmm, ibu ? Maaf, Ir tak rapat dengan ibu. Masalah Ir ? Semua kongsi dengan ayah Ir. Tak pun, Ir pendam. Ir lebih selesa berkongsi dengan ayah. Tapi sekarang tak lahh. Ir punn dah duduk asrama. Cuma, saki-baki manja tu ada lagi. Tu yang tiap-tiap minggu balik rumah. Haha, ada tuisyen. Btw, Ir bukan homesick punya pelajar, k ? Take note that.

Well, itu je lahh yang Ir nak kongsi cerita *bosan.menarik.biasa.* dengan awak semua. Apa pun, Ir bangga ada SUPERHERO♥ macam ayah. Biarlah orang tak kenal ayah. Asalkan, Ir tahu ayah lahh SUPERHERO♥ terbaik untuk Ir. Dan, Idzwan, kalau awak nak jadi SUPERHERO♥ saya, awak kena lahh jadi macam ayah saya ? Boleh tak agak-agaknya ? *HAHA* So, Ir gerak dulu. Nanti kita conteng-conteng lagi ea ? Bye, Assalamualaikum :)

What Do You Think Of Me?