JellyPages.com

Friday, 24 August 2012

Cinta Luar Sempadan ♥

* Bila gadis kidal sudah mula berceloteh *

Assalamualaikum. Hai. Hello. Annyeong.
Dear stalkers, admires, followers and friends :)
How are you ? How do you do ?
I hope you are in the pink.
::::::::::::::::: Change the language please ::::::::::::::::::::::::

Okey, baiklah.
Hari ini adalah hari raya keenam.
*pelik.
Sebab ? Melayu punya raya sampai sebulan.
Cina, India tak pun sampai sebulan.
Hahaha, lupakan.
Sebenarnya baru menolong ibu dekat dapur.
Along sekeluarga mahu datang.
Haha, tak sabar nak tengok Qaseh.
Dia dah *tembam.
Comel pula apabila pandang sekilas.
Ibu dan ayah masak macam-macam.
*untunglah mereka.
Aila ? Haha, sekadar menolong.
*Menolong ? Macam-macam menolong ada.
#okey, tidak dibenarkan memikir lain#

Sekejap tadi , buka saja lappy, ternampak gambar Pirath (Mike)
Yeahh, siapa yang tengok drama LOVE BEYOND FRONTIER tuh,\
maka dia akan kenal jejaka kacak ni.

  

#Drama LOVE BEYOND FORNTIER#

Haha. Kacak ? Oh, tidak sekacak hubby Aila. *Yeollie.
Gambar Pirath turut serta dalam slide show di tepi skrin lappy Aila.
Selain Yeollie, Sandeul dan lain-lain.
Hmm, baru kenal Pirath ni semalam.
Masa Aila tengah tengok drama tv3, terbuka pula ntv7.
Alih-alih, drama tu tengah disiarkan.
Jadi, terlekat dekat drama tu.
Serius, watak Mike comel. *siapa lagi kalau bukan Pirath.


#Gambar Mike#

Aila suka rambut dia yang hebat.
Hmm, tapi kan, Aila tak suka semasa tengok Peak rapat-rapat dengan Mike.

   
#Gambar Peak dan Mike yang menyakitkan hati#

Huh, senang cerita, Peak menggedik dengan Mike.
Hish, geram gila.
Kesian Toey.


#Gambar Toey. Comel kan ?#

Selalu kena salah faham dengan Mike akibat Peak.
Aila benci Peak.


#Gambar Peak#

Tapi kenapa ending dia, mesti Peak dengan Mike ?
*berdasarkan iklan.

   
#Mike dan Peak#

Sedangkan, episod tadi, Mike cakap dekat Toey yang dia cintakan Toey semasa Toey tengah tidur.
Hish, Aila tak dapat bayangkan kalau Mike dengan Ple.
Dalam iklan, Mike peluk Peak.


#Memang menyakitkan hati episod ni#

Hey, peluk tu. #OMG#
Aila tak suka bab tu. Memang gila tak suka.
Kesianlah dekat Toey nanti.
Dan Toey pula dengan .... GOLF ?!


#Toey dan Golf#

Ahh, merepek betul.
Siapalah yang jadi pengarah ?
Tak sesuai LANGSUNG.
Okey, daripada Aila sakit hati seorang diri. *heh, padahal drama saja.
Lebih baik Aila cerita sesuatu.
Mike dan Golf tu adik beradik dalam dunia realiti.

   
#Mike dan Golf#

Ya. Aila pun baru tahu. *okey, untunglah kalau ada yang dah tahu.
Kalau nak sebut nama sebenar, awal-awal saja Aila tahu.
Nama keluarga, main payah lagi nak sebut.
Berbelit lidah nak disebut.
Kalau salah, buat malu saja.
Nama mereka berdua, Mike (Pirath) Golf (Pichaya)
Berdasarkan apa yang Aila ingatlah.
Kalau nak tahu, search ni :  http://en.wikipedia.org/wiki/Ubat_Ruk_Kaam_Kaub_Fah
Err, yang Ubat Ruk Kaam Kaub Fah tu nama tajuk cerita mereka dalam bahasa Thailand.
Tekan saja, semua nama pelakon ada. Sinopsis lagi.
Hmm, okeylah. *dah panjang ni. Tangan pun dah penat nak menaip.
Jadi sekarang, Aila nak pergi memujuk mak Aila untuk bagi Aila kebenaran main layang-layang.
Huh, tadi Emi telefon Aila. Ajak Aila main layang-layang.
Tak tahulah bagi ataupun tak.
Harap bagilah kebenaran dekat Aila. *doakan untuk Aila.
Jadi, sampai disini sajalah celoteh Aila.
Nanti-nanti kita conteng-conteng lagi.
Bye. Wassalam.
Lots Of LOVE just For YOU ♥

What Do You Think Of Me?